Wednesday, October 29, 2008

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut


"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"

di ulang sebanyak 7 kali untuk niat baikmu, Inysa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan di kabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini :



  • YA-ALLAH YA -RAHIM ( ampunkan dosa-dosaku dan saudara maraku )


  • YA-ALLAH YA - RAHMAN ( kurniakan aku isteri,suami ,anak- anak yang soleh dan mencintai islam)


  • YA-ALLAH YA -RAZZAK ( kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat)


  • YA-ALLAH YA - JABBAR ( makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini)


  • YA-ALLAH YA- MUTAQABBIR ( jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin)


  • YA-ALLAH YA -WADUUD ( kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin)


  • YA-ALLAH YA -ZALJALA LIWAL IKRAM ( makbulkan lah semua hajatku dan redhailah aku)

Aminn.........



Monday, October 27, 2008

Boleh ker?

Hhmm...rasa sat je blajar dalam sem ni.Dah nak exam..Pejam celik,pejam celik,dah nak melangkah lagi jauh.Tak taula camne takdir aku pada masa akan datang.Risau,takut, semua ada..Dok pikir camnela ngan exam aku kali ni.Kalau boleh tu tak mau bagi satu pun subjek kantoi.Itu la,yang kena buat pulun je la.Kalau dok kata pun tak guna gak.Kadang2 aku rasa tak mampu je nak bawak semua ni.Tak taula sem akan datang aku still kat sini @ x.tengokla camne...

Saturday, October 25, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Hhhmmm....


Kadang-kadang tu penat jugak jadi pelajar ni..Aku rasa tak mampu nak go on myself.Tension,letih,dan macam-macam lagi la.Beza sangat dengan sekolah dan universiti walaupun dalam satu erti kata yang sama.Cara sekolah macam ni,cara universiti macam tu.Aku tau memang tahap pengajian tak sama,tapi tu la,kadang2 tu tak tahan jugak.Rasa macam nak giv up je tapi kadang2 je la.Kadang2 tu aku lebih suka buat tak tau,tak nak ambik kisah walaupun benda tu bertimbun-timbun kat dalam kepala yang sentiasa menghempap.Aku fikir satu je,kalau aku layan perasaan tu,lagi la 'membelasah' diriku.Tapi,tak la sentiasa buat tak tau,kadang2 tu fikir jugak.Kehidupan seorang pelajar berat sangat2.Tapi kan,pada pendapat aku,hidup sebagai pelajar ni best juga walaupun mendatangkan banyak 'ketensionan' berbanding dalam kehidupan pekerjaan.Asyik belajar je...Tapi tu la,tak boleh jugak.Kena kerja jugak,nak teruskan hidup.Seperti dalam aku punya post yang lepas2,inilah dinamakan kehidupan sebenar.Ada pasang surutya walaupun pada hakikatnya tak mampu.Hhmm...tak tau la aku.Perkataan TENSION!TENSION! tak pernah lekang dalam kepala otak.Bukan aku saja yang hadapi semua ni,student2 lain pun sama je keadaan.Tapi tu la,dah tanggungjawab sebagai seorang pelajar,so kena la terima hakikatnya.Aku selalu berpesan pada diri aku,sentiasa jadi seorang yang positif.Tu point yang penting..Apa yang aku tulis ni just sebagai meluahkan apa yang aku rasa je,tak de apa2 niat pun.So,kalau 'terlampau' kata-kata aku ni,aku mintak maaf banyak2..Wassalam........

JOM MAIN TEKA-TEKI?

Uji minda..?
1) i (t) huruf w yang diterbalikkan (t) huruf awal dari ICE (t) dua huruf yang sama sebelum T (t) huruf ke-21 dalam abc...Kemudian...what the answer?
2) Negara apa yang memanggil perempuan?
Jawapan:...................
3) Antara kapal terbang dengan dodol,yang mana paling tinggi?
Jawapan:...................
4) Haiwan apa boleh di darat,udara dan air?
Jawapan:...................
5) Antara anak-anak kat dunia,siapa yang paling jahat?
Jawapan:...................

TABIAT MEMBAWA KE NERAKA

Assalamu'alaikum wr wb ..


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut :


"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.


Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1: Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah.


Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2 : Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.


Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'




Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.


b . Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"


c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.


Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu- satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .


2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."


Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.


Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Monday, October 20, 2008

KATA - KATA HIKMAH




  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk


  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.


  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran


  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain


  10. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi


  11. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


  12. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


  13. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah


  14. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


  15. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari





Friday, October 17, 2008

KATA HIKMAT



” Jangan berputus asa dalam mencari ilmu bila imu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tetapi bersabarlah kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk “
” Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai “
“Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cergas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tidak henti-henti berusaha adalah lebih maju daripada seseorang yang cergas otaknya tetapi pemalas “
” Behind every successful person there’s a lot of unsuccessful years “
” The beautiful thing about learning is that no one can take it away from you “
” Great things are not done by impulse, but by a series of small things brought together

Tuesday, October 14, 2008

MY FAVOURITE SONG


MEKAR DITAMAN HATI CINTA PERTAMA,

ENGKAU CIPTAAN SENI IDAMAN KASIH,

ANTARA BIBIR TERSIRATNYA PEKERTI,

KELEMBUTAN YANG MENDAMAIKAN JIWA,

BERMULA KAU DI SINI PENENTU BICARA,

KALAM KEBENARAN TIADA BERDUSTA,

DIRIMU BERHARGA DARI SEGALA-GALANYA,

BERTAKHTA KEIMANAN UNTUK DIPERTAHANKAN,

HADIRLAH CINTA,

CINTA PERTAMA,

HADIRLAH CINTA,

CINTA UTAMA,

SAYANGI DIRI INI CINTA,

CINTA PERTAMA,

HATI INI CINTA,

CINTA UTAMA,

TIADA SIA-SIA MENYINTAI DIRI,

SEMPURNA SEJAHTERA..

CINTA PERTAMA...


Thursday, October 9, 2008

KEHIDUPAN


Dalam kehidupan ini,kita jumpa berbagai2 perkara.Cabaran,dugaan,pahit,manis semua tu kita dah rasai.Bagi diriku yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar ni bila menghadapi kegagalan dalam hidup.Jatuh bangun diri sendiri yang rasai.Betapa peritnya bila berada dalam situasi sebegitu.Dalam keadaan sebegitu,kadang2 aku ingin lari dari semua tu,tapi aku teruskan jugak walaupun tidak berdaya..Jadi,walau kita jatuh sekalipun,teruskan jugak kehidupan ni,jangan lari dari kenyataan hidup.Pada hakikatnya,perkara2 sebeginilah yang akan mematangkan kita dan fahami erti sebenar kehidupan ni.Kalau nak senang lenang je tanpa merasai pahit getir hidup ni,itu bukan kehidupan sebenar.Ada cabaran dalam hidup ni,baru dinamakan kehidupan.Tapi,yang paling penting adalah ingat Allah selalu sekiranya kita hadapi sesuatu musibah@perkara yang tak mampu kita hadapi.Jangan lakukan perkara yang tak memberi faedah langsung malah memudaratkan diri sendiri.Itu adalah satu tindakan yang tak masuk akal langsung!...Apa2 pun tawakal kepada Allah.Anggaplah ini satu ujian dari-Nya..Macam dalam pelajaran,ada ujian.Walau susah macam mana pun,kita pulun buat jugak sampai habis.Hah!macam tu la dalam hidup nih...Jadi,sama-samalah kita sentiasa berfikiran positif dan jadi seorang yang positif...

GUD LUCK!!


Gud luck untuk semua kawan2 dalam final exam coming soon nih..moga korang semua dapat buat yang terbaik untuk mencapai kejayaan.Kalau tak tau jawapan,perah otak tu bagi dapat gak jawapan.hehehe..gurau2 jer..So,kat sini saya nak mintak maaf banyak2 kat to all my friend kalau ada salah n silap,harap dimaafkan..O-O ye...CAYOKK2!!!GANBATE!!!...

SAHABAT


Sahabat,
Dalam kabur tercari-cari cahaya,
Akhirnya ku temui sinar ceria di raut wajahmu,
Andainya alam ini mampu berkata-kata,
Pastilah pujian buat dirimu,
Di waktu itu akulah yang bertuah,
Punya sahabat sepertimu.

Sahabat,
Kau bimbinglah menuju cahaya ilahi,
Sahabat,
aku ingin sepertimu dalam ketenangan,
Menghadapi hidup ini...

FALSAFAH KEJAYAAN


Jika anda memikirkan kekalahan,anda akan hampiri kegagalan.Jika anda tidak mempunyai kesungguhan untuk berjaya,maka kejayaan tidak akan menjadi milik anda.Jika anda mahu menang,anda harus membuang perkataan gagal dari memasuki minda anda,atau kejayaan tidak akan anda kecapi.Jika anda tidak bekerja secara serius,anda akan menemui kegagalan.Berdasarkan hukum alam,didapati bahawa kejayaan bergantung kepada kemahuan seseorang.Segala-galanya dikuasai oleh keadaan pemikiran kita.Jika anda menginginkan yang terbaik,anda mesti mempunyai keyakinan bahawa"SAYA AKAN BERJAYA MELAKUKANNYA".Kehidupan adalah suatu perjuangan yang berterusan.Kita bukan sahaja perlu perlu menjadi kuat dan pantas untuk berjaya tetapi untuk mencapai kejayaan kita harus yakini bahawa:"SAYA BOLEH!".."SAYA HEBAT & INSYAALLAH,SAYA PASTI BERJAYA!!!"....